Tips Pemilihan Untuk Bra Yang Tepat Dan Sesuai
May 14th
Bukan satu yang melucukan seandainya bra yang anda pakai tiba-tiba jatuh melorot! Inilah akibatnya jika anda tersalah pilih bra atau menggunakan bra yang tidak sesuai. Oleh itu anda seharusnya berhati-hati dan jangan memandang remeh dalam pemilihan bra.
Mungkin anda merasakan sudah pakar dalam memilih pakaian dalam sendiri atau mungkin juga ada yang malu untuk bertanya. Namun dalam kepakaran itu sebenarnya masih ramai lagi yang selalu melakukan kesilapan. Supaya anda tidak tersilap. Ayuh ketahui cara memilih bra yang tepat dan sesuai.
Jenis-Jenis Bra
Sport Bra
Bra yang sememangnya direka khas untuk dikenakan semasa bersukan. Kelebihannya adalah dapat menahan goncangan payudara dan badan anda cepat kering daripada peluh.
Push UP Bra
Push Up bra berisi span teal untuk mengangkat dan memperlihatkan keindahan belahan dada. bagi yang mempunyai payudara agak kecil tetapi ingin tampil lebih seksi. Anda boleh menggunakan bra jenis ini.
Strapless Bra
Jenis bra ini terbahagi kepada dua iaitu bra tanpa tali dan bra yang mirip berkemban. Tali bra jenis ini biasanya dipasang dan boleh juga dilepaskan. Ia boleh dipakai sekiranya anda ingin mengenakan baju yang memperlihatkan bahu.
T-Shirt Bra/Seamless T-Shirt Bra
Direka agar pemakainnya tidak nampak seperti memakai bra terutamanya jika anda memakai pakaian ketat. T-shirt bra selesa dikenakan dalam pemakaian hari-hari.
Training bra/miniset
Bra ini sesuai bagi si gadis yang payudaranya baru tumbuh kerana ukuran payudaranya belum cukup berisi untuk mengenakan bra jenis biasa
Deep Plunge Bra/Full Cup
Bra ini memiliki mangkuk yang penuh dan menutup keseluruhan payudara. Sesuai bagi mereka yang selesa dengan payudara yang selesa ditutupi keseluruhannya.
Half Cup
Bra ini memiliki mangkuk yang hanya menutupi sesetengah daripada bahagian payudara. Sesuai bagi mereka yang tidak selesa jika keseluruhan payudara ditutup.
Underwire Bra
Di bahagian bawah mangkuk bra ini terdapat dawai yang fleksibel. Bra jenis ini berupaya untuk menjaga bentuk payudara dengan baik sekali. Pastikan anda memilih bra dengan dawai yang tidak terlalu keras dan menekan payudara.
Wire Free Bra
Jenis bra tanpa dawai di bahagian bawah mangkuknya. Ia dapat memberikan keselesaan yang baik untuk payudara yang sentitif.
Jadi kesimpulannya, jangan sesekali anda memandang remeh dalam pemilihan bra. Pemilihan bra yang tidak sesuai juga boleh mengakibatkan payudara anda mengalami pemasalahan pertumbuhan dimana mungkin payudara anda tidak membesar dengan betul, mudah melecet dan sebagainya. Jadi pilihlah bra yang sesuai dengan keselesaan anda.
Sumber : Majalah REMAJA Edisi May 2012 Bilangan 617
Sumber: http://www.notahati.com/
Bagaimana Menghilangkan Rasa Sunyi Bila Ditinggalkan Kekasih
May 14th

Anda baru ditinggalkan kekasih? Atau memang semulajadi bujang? Atau mengambil keputusan untuk kembali bujang? Bosan? Atau kesepian? Kesunyian? Kegagalan dalam percintaan adakalanya tidak dapat dielakkan, sama ada ditinggalkan kekasih atau pun terpaksa meninggalkan kekasih atas sebab tertentu.
Lelaki yang gagal dalam percintaan dan ditinggalkan oleh kekasih mereka, mereka dapat menghadapinya dengan tabah, mungkin untuk sehari dua atau seminggu atau mungkin juga lebih. Mereka lebih banyak mendiamkan diri dengan membawa diri. Berlainan pula dengan wanita. Kadangkala mereka tidak dapat menerima realiti. Berikut adalah 10 tips bagaimana menghilangkan rasa sunyi bila ditinggalkan kekasih.
Bercuti
Semasa berpasangan, percutian biasanya adalah perkara yang rumit. Untuk bercuti bersama, terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira, cuti tahunan, pakaian pasangan anda, perbelanjaan, destinasi yang ingin ditujui. Semuanya mestilah menepati citarasa anda dan pasangan. Selalunya hanya beberapa hari saja dalam setahun yang sesuai untuk anda berdua. Namun, bila anda berseorangan, bila-bila masa anda boleh sediakan pakaian anda dan pergi.
Jumpa Kawan
Kebanyakan orang, apabila bercinta jarang meluangkan masa bersama rakan. Anda setuju? Bukan lupa tetapi tidak cukup masa. Saat inilah peluang anda untuk menggamit kembali saat-saat bebas bersama kawan-kawan anda.
Bersenam
Semasa bercinta, tengok wayang, membeli belah, jalan-jalan, minum, makan malam, itulah sebahagian besar daripada bahagian hidup anda. Biarkanlah ia berlalu, inilah masanya untuk anda membuang segala toksik-toksik, lemak-lemak yang telah lama berkumpul. Selain itu juga anda dapat meningkatkan lagi kesihatan tubuh badan anda. Tak rugi kan?
Kembali Bebas
Tidak semua yang anda lakukan sewaktu solo dulu boleh dilakukan ketika sudah berpasangan. Mungkin sebelum ini anda memang kaki main snuker, kaki game, atau juga kaki shopping. Tetapi bila sudah bercinta anda terpaksa mengurangkan aktiviti-aktiviti tersebut kerana ingin meluangkan masa dengan pasangan anda atau juga menjaga hatinya. Tetapi bila sudah solo, anda boleh melakukan kembali aktiviti-aktiviti lama anda tanpa dikongkong.
Bermesra Bersama Keluarga
Hubungan dengan keluarga biasa tidak seerat dulu bila sudah berkahwin atau mempunyai kekasih. Keluarga akan jatuh pada nombor dua manakala pasangan akan diberi lebih tumpuan. Dengan ini, masa inilah perlu digunakan sepenuhnya untuk lebih kepada keluarga.
Terokai Dunia Baru
Aktiviti-aktiviti seperti menonton wayang, pergi medan selera, pergi ke pantai tidak membuka minta kita. Jika itulah kegemaran anda, lupakan seketika, cubalah menerokai dunia baru yang lebih bermakna. Anda boleh cuba aktiviti lasak, panjat gunung, menyelam, skuba dan sebagainya. Pasti kenangan bersama kekasih dulu akan berkurangan.
Sukarela
Untuk mengurangkan masa bosan anda, pergilah ke rumah anak yatim, orang-orang tua atau pusat pemulihan dadah. Anda boleh menjadi seorang sukarelawan di mana di tempat-tempat begini akan membuka minda anda kepada dimensi baru. Anda akan nampak masalah anda adalah jauh lebih kecil daripada masalah mereka.
Ambil Peluang
Hakikatnya, anda mesti membersihkan minda anda daripada memori yang lalu berkaitan pasangan anda. Biasanya semasa bercinta peluang untuk ke tempat menarik dan berkenalan dengan wanita lain terlalu tipis. Maka gunakan masa kini untuk melakukan perkara yang biasanya terhalang apabila bersama pasangan.
Perbaiki Diri
Jangan sesekali anda berubah kerana ingin memenuhi tuntutan bekas kekasih anda. Perbaikilah diri anda dari segi kerjaya, kewangan dan keyakinan agar masa depan anda akan lebih kukuh dan stabil. Apa yang lebih penting adalah perbaiki iman anda. Mungkin ketika bersama pasangan anda, anda kadangkala lalai dengan apa yang wajib. Jadi ketika bersendirian inilah anda boleh memperbaiki diri anda supaya lebih beringat padaNya.
Pandang ke hadapan
Buang memori tentang bekas pasangan anda. Berikan perhatian kepada apa yang akan berlaku kemudian hari. Jadikan pengalaman bersama pasangan lama sebagai pengalaman hidup anda untuk memperbaiki diri anda bersama pasangan baru kelak.
Kegagalan dalam percintaan akan membuat seorang itu berubah terutama sekali persepsinya terhadap berlainan jantina. Kepercayaan untuk jatuh cinta semula mungkin tipis dan mungkin juga ada yang akan anti kepada berlainan jantina dan disebabkan itu juga munculnya gay, lesbian dan pengkid. Namun ada juga yang tidak berputus asa dan mengharapkan cinta sejati itu datang sekali lagi. Tetapi percayalah, Tuhan menciptakan setiap sesuatu itu secara berpasangan. Sekeras-keras hati mereka setelah gagal dalam cinta, pastinya ada kunci yang dapat membuka hati mereka. Jodoh pertemuan ditangan Tuhan, kita hanyalah merancang.
P/S: Lain parang lain tajam, lain orang lain ragam.
Sumber asal : http://www.notahati.com
Video Johan Raja Lawak Persenda Peserta Bersih 3.0
May 14th
Video rancangan Johan Raja Lawak telah persenda peserta Bersih 3.0 menyebabkan Johan diboikot oleh penyokong Bersih. Satu facebook page kami boikot Johan Raja Lawak telah ditubuhkan kerana tidak puas hati dengan tindakan lawak Johan. Kumpulan itu menuntut supaya Johan meminta maaf secara terbuka. Mari tonton video Johan persenda peserta Bersih.

Sumber: melvister.com
Punggung janda muda basah jugak akhirnya
May 14th
menggilainya tapi Imah tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki yang berjaya
memikatnya? Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta-harta Imah bernilai berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli perniagaan yang berjaya.Kini sudah masuk tahun ke-3 Imah tidak bersuami. Sudah lama dia
bersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak menafikan dirinya
memang kehausan teman. Apatah lagi dirinya kini kian bergetah kembali, yang longgar
pun sudah rapat, yang cantik pun pun makin bertambah cantik lagi. Ini juga adalah
hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan
penjagaan diri.Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini beliau
amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja yang datang
malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan. Tambahan lagi, Imah tinggal
berseorangan dalam kegelapan. Bekalan elektrik petang tadi sudah terputus. Imah
amat kehausan sekali. Perasaan Imah semakin resah. Sabar Imah menunggu, sejam
dirasakan bagaikan sehari. Keresahan dan degupan jantungnya makin memuncak.
Tok!!! Tokkk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang. “Ohhhh! Syukurlah!!!
“kata Imah di dalam hatinya. Imah terus berlari membuka tingkap rumahnya
yang diketuk itu.
Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan 30an
berambut mawi melemparkan senyuman manis kepada Imah. Imah pun membalas senyuman itu.
Senyuman mereka berdua jelas kelihatan didalam samar-samar cahaya torch light milik
lelaki itu.
Lantas, lelaki itu menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Imah.
Inilah saat pertama kalinya Imah memegang tangan lelaki semenjak suaminya
meninggal dunia. Peluh Imah keluar mencurah disertai degupan jantungnya kian deras berdenyut.
Lelaki itu memimpin Imah berjalan.”duduklah di sini” kata lelaki itu.
Imah pun duduk perlahan-lahan dan bagaikan terpukau mengikut sahaja apa arahan lelaki
itu dan tiba-tiba Imah terasa punggungnya menjadi dingin.
Dingin dan sejuk akibat air telah mula, membasahi punggungnya yang gebu itu.Tak pernah Imah merasa punggungnya sebasah ini. Seolah2 dugaan ini memang hebat.
Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu berkata
“Ohhh!! Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya basah kerana
tempias dek air banjir ni, tapi apapun adik telah selamat!” Jawab Imah “Yalah!!
Kalaulah abang tidak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air banjir ni
nampaknya semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan terjadi.
Tapi nasib baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya ini sahaja, jadi dapatlah
saya menunggu di sini”.
Lelaki tadi terus menghidupkan semula enjin sampannya lalu terus ke pusat
pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan. Begitulah kisah bagaimana punggung Imah jadi basah …
![Langkawit [dot] com Langkawit [dot] com](http://langkawit.com/wp-content/uploads/lgk.png)


Recent Comments